Pejabat Pembangunan Negeri Sabah membuka peluang bagi individu yang berkelayakan untuk memohon jawatan Personel MySTEP. Ini adalah peluang terbaik untuk bekerja dalam sektor kerajaan sambil menyumbang kepada pembangunan negeri.
Sebagai seorng Personel MySTEP dalam unit penyelarasan pelaksanaan di Jabatan Perdana Menteri, anda akan terlibat dalam pelbagai aktiviti sokongan dan pentadbiran pejabat. Jika anda seorang yang mahir dalam pengurusan masa dan suka bekerja dalam pasukan, jawatan ini sesuai untuk anda dan satu peluang yang baik bagi mengembangkan potensi diri.
Tanggungjawab:
- Melaksanakan tugas yang diberikan berdasarkan keperluan jabatan.
- Menjaga dan memastikan sistem e-Kasih berfungsi dengan baik.
- Bekerjasama dengan pasukan untuk mencapai objektif yang telah ditetapkan.
Kelayakan:
- Warganegara Malaysia, berumur 18 tahun dan ke atas.
- Mempunyai kelayakan minimum Diploma atau setaraf.
- Kemahiran dalam Microsoft Word, Excel, dan PowerPoint adalah wajib.
- Pengurusan masa yang baik dan dapat menyelesaikan tugas mengikut jadual.
- Disiplin dan mampu bekerja secara berkumpulan.
- Komited dan sedia untuk bekerja lebih masa jika diperlukan.
Kami menggalakkan semua calon yang berminat untuk memohon secara langsung kepada majikan. Pastikan anda menyediakan resume yang lengkap dan siap sedia untuk peluang ini. Semoga berjaya.
Penafian (Disclaimer): Portal Sabah Vacancies (https://www.sabahvacancies.com) hanya berfungsi sebagai platform perkongsian iklan alternatif maklumat kerjaya awam dan swasta untuk kemudahan masyarakat setempat. Kami tidak terlibat dalam proses pemilihan atau pengambilan pekerja. Sila pastikan anda membuat semakan teliti sebelum menghantar sebarang maklumat peribadi kepada pihak majikan.
